akusukaawan.fotopage

By: Nedfatin ikhsan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Jun-2009 05:39 Email | Share | | Bookmark
Malacca - Terengganu -Penang

Jonker street
Red square,Malacca
jonker street/jalan hang jebat
View all 18 photos...
Miss all the old and childhood memories? Or the antique fans surely know places like jonker street,malacca or tanjung tokong,penang. As vintage lover, surely the facades of shophouses at Malacca,Terengganu and Penang fascinates me. These are the treasures of Malaysian. And I'm proud of it.

I am a collector, of many things, and my recent hobby is collecting vintage art things, or antiques as people call it.If u have the same interest like me, u might enjoy this photos. Like I enjoys them.

Perhaps dslr will bring out all the details more. But my digicam is gud enough for now. Until I have enough money to buy one later.haha.








Thursday, 21-May-2009 10:29 Email | Share | | Bookmark
Memori yang mencuri-curi

 
 
Last weekend pergi melawat PWTC, utk merebut buku2 di Pesta Buku Antarabangsa 2009. Aku berhabis nak dekat RM 150 juga, but a very good bargain lepas dapat satu buku titled STREET ART at normal price RM 125 for RM 75 jer. Cam bese, nak memuaskan nafsu 'gila seni' aku. Most important of all, that book contained photos more than words..

Anyway, one question from Yah had given the topic for today's entry;

However, yah's question was; ' ko ingat tak buku yg kita slalu baca kecik2 dulu, tajuk dia kisah teladan lelaki dan perempuan ....etc'

Yeps, macam mana boleh tak ingat, aku ingat membaca buku tu banyak kali, termasuklah rasa takut dan haru kalau nasib aku bakal jadi seperti orang2 dalam buku tuh. Buku tersebut di tulis berdasarkan kisah2 nabi dan sahabat nabi.

Masa pergi pesta buku kami tak jumpa atau ternampak buku tu di banyak2 booth yg ada di sana. mgkin dah tak ada. mgkin buku tu dh tak diterbitkan lagi.

Well, that's one thing that remind us of childhood. Stories and films that help shape our mind in their own way.

Aku baru tahu bahawa Snow White yang 'membesarkan' aku kecil2 dulu telah di terbitkan pada tahun 1937. Aku lahir pada tahun 1981, dan mula menonton animasi Snow White sewaktu berada di tadika lagi. Sampai skrg kak long suka nyanyi lagu yg didendangkan snow white sewaktu menggoda prince charmingnya kat tepi perigi.

Semasa ‘Lord of the Rings’ difilemkan beberapa tahun lepas, aku dan kakak aku terlebih dahulu experienced ‘dejavu’. Especially part Frodo dan kawan-kawannya hampir ditikam mati di katil mereka oleh konco2 Sauron. Sebabnya, aku dah terlebih dahulu menonton animasinya masa kecik2 dulu. Zaman aku kecik dulu, tape- tape bersaiz buku masih dipakai. Emaklah yg rajin me-record kartun2 utk kitaorg tonton.

Kemudian lagu tema ‘Swan Lake’ kadang-kadang masih terngiang2 di telinga. Jalan ceritanya (juga sebuah animasi) mmg dah igt2 lupa. Tapi seingat aku tentang seorg gadis yg boleh bertukar dari seorg manusia kepada seekor Swan berwarna putih.

Rupanya memori semasa aku kecil boleh jadi begitu kekal dan masih boleh mencuri2 utk berada dlm minda aku. In fact sebenarnya mempengaruhi banyak cara dalam hidup aku dalam tidak sedar.

Oh ye, aku masih suka animasi, especially anime - on studio ghibli coz of the gud morality contents + gambaran tentang how wonderful life is. Mgkin anak aku akan terpengaruh juga nanti. Haha…

Note: masa kecik fikiran masih suci lagi…





Tuesday, 21-Apr-2009 05:22 Email | Share | | Bookmark
Nenek Oyot

 
 


Last weekend kami semua balik ke kampung.

kecuali aidil yg smbut birthday dia on the 18th kena stay kat asrama. Lagipun dah tau dia mmg x kisah kalau tak ikut pun. 'bosan idup' ..dia slalu merungut. hahaha...

lepas lawat aidil, ambik jalan dalam tembus sungai besar, so dapatlah melayan view sawah padi waktu twilight hours. Untungnya kampung ni ada sawah padi, entah 10 tahun akan datang ada lagi atau tak kita pun tak tahu. Teringat pulak masa layan view ladang gandum beratus ekar kat belgium. Teringat jugak ternampak brown rabbit hop-hopping dkt airfield masa mendarat kat airport brussel. Wish if i was on foot that time.

sejak dua menjak ni bila balik kampung, memang rasa byk dah berubah....
especially dari kecik menyaksikan rumah nenek dimakan usia samalah seperti penghuninya. Nenek sihat lagi alhamdulillah, cuma matanya dah kurang nampak. Nyanyuk pun tidak lagi, memori masih kuat, walaupun terpaksa meraba muka aku nak kenal aku.

nenek kata yah cicit dia yg paling ramah dan aku yg paling pendiam. Hehehe...nenek oyot, u are not the first to label me that. ..I am always comfortable with silence.....(dgr bunyi cengkerik tak? hehe)

on sunday, cik aini ajak kitaorg makan mee udang di pantai BNO. sedap tul, udang pun banyak. Kalau kat KL sure dah kena RM6-RM12 sepinggan. dah kenyang, kitaorg singgah ker SUA, after dropping mak n cik aini kat ruma nenek. Yeps, sekolah eman, yah n me. Masing- masing dgn nostalgia kt SUA. Teringat masa dating kt kantin sambil makan pau empuk. Tatau per jadi pada mamat yg slalu kasik aku syiling singgit dulu. wish him well n success. Rindu juga pada klik dulu. Sorang dh nk kawin tak lama lagi. Yang lain pun dah berapa anak dgrnya. hepi for them

alkisah rumah nenek semakin mereput, kayu lantainya dah ditukar byk kali, tiang serinya walau macamanapun masih kukuh. Atap nipah dah lama ditukar zink. Akibatnya tingkat atas selalunya panas waktu tengah hari. Tak semua berani nak naik atas, especially waktu malam. maklumla rumah tua, macam2 bunyi dianggap mistik.hehehe....Mujurla toilet dah berada di dlm rumah. Kereta tua arwah atuk pun dh takde, tapi tongkatnya masih tergantung kat ruang utama. Sofa kaler coklat yg panjang masih ada di ruang tamu bawah, tempat nenek bertelekan sambil melayan tv. kesian dia, nak tengok faveret show gerak khas pun dh tak nmpak.

Moga panjang umur nenek. Walau dia selalu beritahu emak betapa dia takut mati dah dekat. Kami yg cicit pun bergetar hati igt mati apetah lagi nenek yg sungguh dah berusia. Mungkin dah hampir usianya yg ke seratus, nenek sendiri tak tahu tarikh lahirnya.

Tapi muda lagi pun tak semestinya ajal itu jauh kan.

note: kalau nenek tak ada, kampung pun macam dh takde bagi aku.




Wednesday, 4-Mar-2009 03:26 Email | Share | | Bookmark
Finding ART

 
 
 
View all 16 photos...
Syukur tuhan bg aku mata dan 'jiwa' utk menilai keadaan sekeliling. Mgkin sbb tu aku suka travel, berjalan n jalan lagi. Alam mengajar kita byk pelajaran, tapi utk entry ni aku suka lah nk kongsi seni di rantau org..

Rupanya org belgium suka pada manga dan anime juga, byk pengaruh boleh nmpak pada graffiti dan lukisan mural dorg, (terjumpa cd spirited away - studi ghibli tgh display kt satu kedai media.) even ada satu kedai khusus on anime n manga.

Graffiti di Eropah is everywhere, di ghent, belgium sahaja sepanjang perjalanan on train, mmg merata tempat. Pendek kata, mana ada dinding, di situ ada imej graffiti. Persepsi pada waktu ini, graffiti bukan lagi satu jenis vandalisme, tapi ekspresi seni anak2 muda yg berbakat. Bila tertera pada dinding, pada pendapat aku, seperti melihat sifat org muda (of course, aku dh tua ) yg suka cabaran dan tunjuk berani.Kak long beritahu actually ada satu dinding khas disediakan tuk dorg yg suka berkarya ni. Thoughtful, tapi kuranglah cabarannya buat dorg kan...haha....

Tapi ada juga yg berkarya secara legal dan tersusun, contohnya pada dinding kedai etc.

Sebenarnya, definisi seni pada org belgium, aku sendiri tak pasti. Photos yg aku capture
adalah definisi seni pada mata aku. Contohnya susun atur spraypaint cans kt dlm shop ni, bg aku nmpak 'neat n full of colours'. Camtu juga bila aku capture gamba noticeboard yg penuh dgn old posters. Bila aku tgk i thought.... 'hey, so classic'. Mgkin juga sbb tu aku suka simpan poster-poster art exhibition atau teater. haha.....walaupun menyemak, percayalah menyemak pun satu seni.....hehe...




kalau dapat satu rak ni letak kt bilik aku...hmm




lomography rocks!



Saturday, 24-Jan-2009 04:23 Email | Share | | Bookmark
Durf Denken (continued)

 
 
 
View all 13 photos...
Cuaca- Politik - Gaza

intro : Nak travel kena ada duit
leceh betul.......(whats on my mind)

Sembang pasal cuaca, panasnya sangat kering di mekah. Belakang telekung aku tarik sampai kedepan buat payung muka dari terkena silau matahari. Ustaz yang guide rombongan kami pun pakai spek hitam semasa tawaf. Ubun2 kepala pula ditutup dgn tuala kecil. Bukan pantang ihram katanya.

Kebetulan pula MasjidilHaram lantainya meluas dengan marmar putih. Dari silau pandangan mata jadi hijau biru disebabkan reflection dari lantai. Ditambah bingit telinga dengan makcik2 arab yang berebut menadah air zam-zam. Caca genggam tangan aku sampai jadi merah. Takut terpisah ditolak dgn bangsa arab yg memang berbadan besar.

Kemudian teringat masa berjalan kat sebuah taman yg sangat besar di pekan ghent, Belgium. At that time musim panas lagi tp dah ada bau-bau musim luruh. Berjalan jauh juga tapi tak terasa jauhnya sbb keadaan sekeliling yg hijau redup merimbun. Best, sebab cuaca tak panas dan tak juga sejuk sgt. Samalah juga cuaca masa melawat Kota Paris. Matahari terang dan bersinar tapi anginnya sejuk menjentik-jentik kulit. A perfect weather for me.

Di tanahair, sekarang kerap hujan lebat di waktu petang. Ada kebakaran belukar di sesetengah tempat. Cuaca politik nmpaknya lebih hebat di sini. Termasuklah kemarahan membara umat islam terhadap apa yg berlaku di Gaza. Aku yg nk boikot produk Israel (berjihad) mmg dah kantoi. Ayah dah buang pewangi ambi-pur dia. Minum Milo pun dia tak mahu (produk nestle) Semalam aku baru makan 2 sundae cup strawberi mcdonalds sorok2 dari ayah. Padahal minggu lepas aku baru sebar risalah produk yahudi yg hendak diboikot pada kawan2. 'Jihad' aku mmg tak boleh pakai.

penutup: Jadilah manusia yg tetap pendirian (what i have not achieve yet)

FLEA MARKET


sempitnya stroller aku!!!?

i guess Ken chose to be transvestite instead


FISH MARKET





[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net